|
Persatuan Wanita UMP - MATAHARI |
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 07 July 2007 09:54 |
|
Selamat datang ke laman web MATAHARI
|

|
|
Persatuan Wanita UMP yang dikenali sebagai MATAHARI adalah sebuah persatuan yang baharu ditubuhkan pada tahun 2009. Majlis Pra Pelancaran MATAHARI telah disempurnakan oleh KDYTM Tengku Puan Pahang pada 16 Jun 2009. |
Di peringkat awal penubuhannya, MATAHARI melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.
|
Ahli-ahli Jawatankuasa protem pada masa ini telah berusaha keras membentuk perlembagaan bagi memastikan persatuan ini berdaftar dan boleh melaksanakan aktiviti serta program yang menjurus kepada matlamat pertubuhan.
|
Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, sokongan padu daripada Datin Fazia Ali sebagai Ketua Timbalan Pendaftar yang juga isteri kepada Naib Canselor UMP menguatkan semangat persatuan untuk membentuk persatuan yang terdiri di kalangan staf wanita dan isteri kepada staf UMP.
Dengan adanya laman web ini sebagai gerbang untuk mencapai ilmu yang tidak ada batasannya, setiap ahli akan berpeluang untuk meningkatkan diri masing-masing supaya dapat menyumbang kepada kemajuan kendiri. keluarga, masyarakat dan negara tercinta.
|
| Dalam pada itu, persatuan masih terus berusaha untuk menambahkan keahlian di samping berusaha menyediakan pelbagai aktiviti dan rancangan untuk mencapai matlamat penubuhan persatuan ini. |
Antara program yang akan telah dilaksanakan ialah Karnival Usahanita yang diadakan bersempena pelancaran Matahari pada tahun lalu. Kesinambungan daripada itu, Majlis Pelancaran Matahari & Karnival Wanita UMP dijangka diadakan pada 9 April 2010 ini. Berbagai usaha sedang dijalankan bagi mengadakan program keusahawanan, karnival jualan, kelas masakan, ceramah kesihatan dan lain-lain. |
"MATAHARI BERSINAR UMP BERSERI"
|
|
Last Updated on Wednesday, 25 August 2010 01:09 |